MUSIM PANAS

Bagi mereka di Barat,musim dikira bermula pada equinoks dan solstis dari segi astronomi.Walau bagaimanapun,oleh sebab selang musim adalah kurang daripada seperlapan tahun (kecuali berhampiran dengan kumpulan air yang besar),permulaan musim meteorologi mendahului permulaan musim astronomi sebanyak kira-kira tiga minggu.Perbezaan masa ini membuatkan takrifan meteorologi lebih berpusat dan simetri sekitar bahagian tahunan yang lebih panas berbanding dengan takrifan astronomi Kini,penggunaan takrifan meteorologi semakin popular,tetapi takrifan astronomi lebih sering digunakan dan kebanyakan orang menganggapnya sebagai rasmi.

musim panas

MUSIM BUNGA

Musim Bunga (Bahasa Inggeris: Spring) merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana,serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas.Musim bunga dikira dari keseluruhan iaitu Mac,April dan Mei di Hemisfera Utara dan September,Oktober dan November di Hemisfera Selatan.Musim bunga bermula di Vernal Equinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan sehinggalah Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22 Disember di Hemisfera Selatan).Di dalam kawasan yang tidak bersalji,musim bunga mungkin bermula paling awal bulan Februari semasa tahun-tahun yang lebih panas,dengan kawasan-kawasan subtropikal mempunyai perbezaan yang sangat perlahan, dan tropikal pula tiada langsung.Kawasan-kawasan Subartik mungkin tidak dapat melihat musim bunga sehingga bulan Mei atau mungkin Jun atau Disember di dalam kawasan lingkaran luar Antartika.

musimbunga

MUSIM LURUH

Musim Luruh atau Musim Gugur (bahasa Inggeris: autumn) adalah salah satu dari empat musim di daerah beriklim sederhana.Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk.Dalam zon berhawa sederhana,musim luruh adalah musim di mana kebanyakkan tumbuhan dituai.Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara).Secara astronomi,ia bermula dengan equinoks (sekitar 23 September) di belahan Utara,dan 21 Mac di belahan Selatan,dan berakhir pada solstis musim dingin (sekitar 21 Disember) di belahan Utara dan 21 Jun di belahan Selatan).Suatu pengecualian tentang definisi ini ditemukan di Kalendar Ireland di mana mereka masih mengikuti putaran Celtic,di mana musim gugur dihitung dari bulan-bulan Ogos,September,dan Oktober. Meskipun hari-hari mulai memendek pada bulan Julai atau Ogos di latitud utara dan dalam bulan Januari dan Februari di selatan,biasanya pada September atau Mac matahari terbenam dengan cepat dan sangat jelas.

musim luruh

MUSIM SEJUK

Musim sejuk (Bahasa Inggeris: Winter) ialah satu daripada empat musim di zon beriklim sederhana.Kalendar Barat mengikut pemahaman astronomi dan menyatakan bahawa musim sejuk bermula pada solstis musim sejuk dan berakhir pada equinoks musim bunga.Jika dihitung secara meteorologi,musim sejuk bermula dan tamat lebih awal daripada tarikh-tarikh tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada equinoks atau solstis berkenaan) dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah suhunya.Apapun,musim sejuk menampakkan cuaca sejuk dan,terutamanya di latitud atau altitud lebih tinggi,salji dan ais.Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada bulan Julai.

musim sejuk

SUMBER

Musim panas (Bahasa Inggeris: Summer) ialah musim yang ditakrifkan sebagai permulaan dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disember sehingga Mac di Hemisfera Selatan.Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan metereologi,ia ditakrifikan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun dan Ogos di Hemisfera Utara,dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di Hemisfera Selatan.Musim panas biasanya dilihat sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza.

©Hak cipta terpelihara 2016

PENAFIAN: Semua kandungan yang telah disediakan dalam laman sesawang ini adalah untuk menyertai Pertandingan Merekabentuk Laman Web Falak/Astronomi Sekolah-Sekolah Menengah Tahun 2016. Segala maklumat yang telah tertera adalah berasal dari sumber-sumber yang telah dipaparkan di bahagian bawah artikel.

header