Arkib Berita
A- A A+

PROGRAM CERAPAN GERHANA MATAHARI SEPARA DI MASJID CINA MELAKA

KRUBONG, 21 Jun - Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan cerapan gerhana matahari separa di Masjid Cina Melaka. Cerapan pada kali ini diadakan sempena fenomena Gerhana Matahari terakhir yang dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini. Fenomena Gerhana kali ini dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa. Ia bermaksud hanya sebahagian daripada Matahari akan terlindung oleh Bulan.

Aktiviti cerapan gerhana telah dilakukan oleh kakitangan dari Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri Melaka bermula sekitar jam 2:30 petang dan tamatsekitar jam 5.00 petang. Gerhana matahari separa pula mencapai litupan maksimum pada jam 3.59 petang.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri Melaka; Sr Hj Mohamad Azmar Bin Che Mat turut bersama-sama melakukan aktiviti cerapan gerhana yang berlaku pada kali ini.

Aktiviti cerapan kemudiannya disusuli dengan solat sunat gerhana serta khutbah gerhana disertai seramai 20 jemaah yang telah dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.

Sementara itu, program kali ini tidak dibuka kepada orang awam atas faktor pelaksanaan PKPP bagi  mencegah penularan wabak Covid 19.

gerhana4

gerhana2

gerhana1

gerhana3

gerhana5

gerhana7

gerhana6

Gerhana Matahari Separa 21 Jun 2020

 

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 4 Ogos 2020
Jumlah Pengunjung : 1137144
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com