Arkib Berita
A- A A+

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH TAULIAH AGAMA & AL-QURAN TAHUN 2020

BUKIT PALAH, 19 Jun– Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Tauliah Mengajar Agama & Al-quran Negeri Melaka bagi tahun 2020 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Majlis dimulakan dengan amanat dari Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya berkata tanggungjawab dan amanah yang telah diberi kepada pemegang tauliah hendaklah digunakan sebagai saluran terbaik dalam menyampaikan dakwah islam kepada masyarakat islam di Negeri Melaka ini.

Majlis penyerahan tersebut diadakan dalam dua sesi berlainan bagi mengekalkan budaya norma baharu iaitu penjarakkan sosial. Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti telah menyampaikan watikah tauliah kepada  30 orang yang telah berjaya dalam peperiksaan bertulis dan temuduga lisan yang lalu telah dijemput bagi menerima watikah tauliah pada majlis kali ini.

tauliah1

tauliah2

tauliah3

tauliah4

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 4 Ogos 2020
Jumlah Pengunjung : 1137142
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com