Arkib Berita
A- A A+

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KELAB FALAK DAN ASTRONOMI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI MELAKA SIRI 1 BAGI TAHUN 2020

BATU BERENDAM, 26 Feb - Seramai 150 orang peserta dikalangan murid-murid dan guru-guru dari sekolah sekitar Negeri Melaka telah menyertai Seminar Kelab Falak & Astronomi Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka.

Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dalam ucapan aluannya berkata seminar ini bertujuan memupuk para pelajar mengenali asas ilmu falak yang telah dipelopori oleh para ilmuan islam sejak zaman dahulu lagi. Melalui ilmu falak ini para pelajar dapat mengenali bidang Sains yang lebih meluas selain dipelajari didalam matapelajaran Sains di sekolah.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau dalam ucapannya berkata seminar sebegini diadakan kepada pelajar-pelajar bagi membudayakan amalan dan teknik kemahiran berfikir aras tinggi yang dipelajari di dalam ilmu falak. Di dalam majlis perasmian tersebut, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad turut menyampaikan sijil pelantikan Kelab Falak dan Astronomi kepada 14 buah sekolah Negeri Melaka.
 
 DSC0499-min
 
 DSC0522
 
 DSC0595
 
 DSC0548
 
 DSC0636
 
 DSC0696
 

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 4 Ogos 2020
Jumlah Pengunjung : 1137144
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com