Arkib Berita
A- A A+

KURSUS CALON PEGAWAI SYARAK NEGERI MELAKA BIL.2 2019

TANJUNG BIDARA - Kursus Peningkatan Ilmu bagi Calon Pegawai Syarak yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka(JMNM) telah diadakan pada 28,29 dan 30 Julai 2019 bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
 
Kursus tersebut telah dihadiri seramai 90 orang calon bagi persediaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang akan ditemuduga. Mereka terdiri daripada jawatan imam, bilal dan noja serta pengurus jenazah wanita dari setiap masjid di Negeri Melaka.
 
Terdapat beberapa modul kursus yang telah disediakan sepanjang kursus tersebut berlangsung antaranya ialah ilmu yang meliputi asas fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan kepada calon pegawai syarak yang akan ditemuduga.
 
Setiap calon juga diberi pengetahuan tentang ilmu fiqah seperti cara penyembelihan yang betul mengikut hukum syarak, laungan azan serta tahsin Al-Quran yang bertajwid juga turut diberikan penekanan.
 
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang terlibat.
 
DSC 4159
 
DSC 4255
 
DSC 4323
 
IMG 1558
 
IMG 1617
 
IMG 1669
 
IMG 1679
 
IMG 1682

PROGRAM CERAPAN GERHANA BULAN SEPARA DI KOLEJ MATRIKULASI LONDANG

LONDANG, 17 Julai - Program Cerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Londang, Melaka pada pukul 2.00 pagi semalam susulan gerhana bulan separa yang dapat disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Program dimulakan dengan solat sunat gerhana bulan penuh yang diadakan secara berjemaah telah dihadiri seramai 350 orang pelajar yang dipimpin oleh Ustaz Abd Manap bin Mohamad; Penolong Pegawai JAIM serta diikuti khutbah bertajuk 'Gerhana Bulan Menginsafi Keagungan Ilahi'.

Kemudian, ia disambung dengan cerapan gerhana bulan separa awal pagi ini pada jam 4.30 pagi hingga jam 5.30 pagi gerhana bulan penuh berakhir.

Sebanyak 3 teleskop yang telah disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka untuk para pelajar merasai pengalaman mencerap bulan dan sebagainya namun begitu ekoran cuaca yang mendung dan hujan di sini, mengakibatkan fenomena tersebut sukar untuk dilihat.
 
 DSC0762
 
 DSC0772
 
 DSC0793
 
 DSC0812
 
 DSC0838
 
 DSC0839

KUNJUNG HORMAT MAJLIS DAKWAH NEGARA MELAKA

PUSAT ISLAM, 12 Julai - Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Majlis Dakwah Negara Negeri Melaka yang diketuai oleh Prof. Datuk Dr Haji Baharuddin bin Putih di Pejabat Mufti Negeri Melaka hari ini. Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.
 
 DSC0491
 
 DSC0492
 
 DSC0496
 
 DSC0500

MUFTI BERSAMA MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA(KUIM)

KUALA SG BARU , 16 Julai - Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah mengadakan Program Mufti Bersama Mahasiswa yang dilakukan di Masjid Al-Ilmi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).


Seramai 300 orang pelajar telah mengambil kesempatan sempena peristiwa Matahari akan istiwa' atau berada tepat di atas Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia. Para pelajar turut diberikan penerangan berkaitan peristiwa Istiwa Azam oleh Pegawai Sains dari Jabatan Mufti Negeri Melaka dan menyaksikan sendiri fenomena tersebut berlaku.


Ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan untuk semua pihak melakukan semakan arah kiblat yang sebenar. Ianya dilakukan bagi menentukan sama ada wujud sedikit perubahan ataupun sebaliknya.


Para pelajar yang hadir juga turut disajikan dengan sesi Forum yang bertajuk "Bicara Mahasiswa Berkaitan Isu Pendidikan" yang dibarisi oleh ahli panel yang hebat iaitu Sahibul Fadhilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Negeri Melaka dan Personaliti agama yang sering muncul sebagai moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV1, YBhg. Ustaz Hariri bin Daud.


Turut hadir pada program ini, Sahibus Samahah Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Haji Zamzurin bin Abdul Majid; Timbalan Naib Canselor Pengurusan Korporat (KUIM).

 

 DSC0540

 

 DSC0580

 

 DSC0651

 

 DSC0661

 

 DSC0715

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 06 April 2020
Jumlah Pengunjung : 1126360
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com