Profil Jabatan
A- A A+

Piagam Pelanggan

Dengan izin Allah Jabatan Mufti Negeri Melaka berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti berikut;

  1. Pertanyaan bertulis yang diterima daripada pelanggan tentang sesuatu isu yang memerlukan pandangan hukum syara'/fatwa akan dijawab/diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh pertanyaan diterima.
  2. Permohonan bagi mendapatkan pandangan/ulasan Jawatankuasa Fatwa mengenai sesuatu isu akan dijawab/diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat bersidang.
  3. Sijil Tauliah Mengajar Agama/Al-Qur'an Negeri Melaka akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari selepas sijil yang diterima oleh jabatan ditandatangani oleh Pengerusi Majlis.
  4. Permohonan Pelanjutan Tempoh/Pembaharuan Sijil Tauliah Mengajar Agama/Al-Qur'an Negeri Melaka akan diproses dan disampaikan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  5. Temuduga bagi calon Pegawai Syarak Negeri Melaka akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat kursus kepada calon.
  6. Surat jawapan kepada pelanggan mengenai permohonan lawatan rasmi ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan disampaikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
  7. Data-data hisab mengenai penetapan awal bulan-bulan Islam, Takwim dan Jadual Waktu Solat, Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak akan disahkan pada masa yang ditetapkan.
  8. Permohonan penentuan atau penyemakan arah kiblat akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  9. Tayangan planetarium akan ditayangkan tepat pada masanya seperti di dalam jadual tayangan yang telah disahkan.
  10. Permohonan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal Jabatan dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima.
  11. Aduan mengenai perkhidmatan ICT yang dikendalikan oleh pihak jabatan akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
  12. Menyediakan perkhidmatan pembaca doa bagi permohonan di Majlis-Majlis rasmi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta akan dijawab dalam tempoh 7 hari sebelum majlis diadakan.
  13. Semua baucer bayaran akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan.
  14. Surat Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dan Pesanan Perkhidmatan (Service Order) akan diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pembelian yang lengkap.

 

Kod Etika

IKHLAS

  • Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksanakan tugas kepada ketuanya.
  • Tidak memilih-milih kerja, dan melakukan apa saja tugas yang telah diberikan.
  • Melaksanakan sesuatu tugas dalam tempoh yang ditetapkan, tanpa mengira waktu sama ada di pejabat atau selepas waktu pejabat.

SIDDIQ

  • Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab
  • Bercakap benar dan menepati janji
  • Cermat dalam membuat keputusan
  • Bertindak berasaskan profesionalisme
  • Memberi arahan yang jelas dan tepat
  • Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas
  • Sanggup menerima teguran dan nasihat

AMANAH

  • Bersedia menerima tugas dan tanggungjawab
  • Komited dan tekun melaksanakan tugas
  • Berusaha meningkatkan kualiti kerja
  • Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran
  • Bertanggungjawab terhadap kerja yang dibuat

TELUS

  • Mengamalkan syura dalam tindakan dan keputusan
  • Bersikap terbuka dalam memberi pendapat
  • Yakin dalam menegakkan kebenaran
  • Memaklumkan keputusan kepada yang berhak
  • Menepati Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Melaka

BIJAKSANA

  • Melengkapkan diri dengan Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup bagi membolehkan setiap tugas dapat disempurnakan dengan baik.
  • Memiliki minda yang aktif dan badan yang sihat.
  • Peka kepada perubahan, idea, pengetahuan dan kemahiran baru.
  • Sanggup menerima dan memberi kritikan membina.
  • Bertindak dengan cekap betul.
  • Tertib dalam membuat keputusan berasaskan keutamaan dan kepentingan organisasi dan negara.
  • Menyeru kebenaran dan mencegah kemungkaran secara hikmah dan nasihat yang baik.
  • Kreatif, inovatif dan proaktif.
  • Bersabar menghadapi masalah.
  • Tenang menangani tekanan.

ADIL

  • Mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai kehendak undang-undang dan peraturan serta keutamaan dan fakta yang tepat sebelum membuat sesuatu atau tindakan.
  • Membuat penilaian secara objektif dan professional.
  • Menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan fakta yang lengkap dan tepat.
  • Kritikal dan analatikal dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul.
  • Menghargai hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa.
  • Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.
  • Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja.

BERTANGGUNGJAWAB

  • Bersunguh-sungguh dalam melaksanakan tugas.
  • Melaksanakan kerja dengan sempurna.
  • Rasa bersalah sekiranya tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan.
  • Menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

SYUKUR

  • Menghargai setiap nikmat yang diterima.
  • Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama.
  • Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengiktirafan kepada yang layak.
  • Sabar dan tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian.
  • Bersederhana dalam meraikan kejayaan
  • Mengucapkan 'terimakasih' atas bantuan atau sumbangan orang lain.
  • Menunjukkan kesyukuran dengan berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh.
  • Menghargai kemudahan yang disediakan.

SABAR

  • Sabar dalam melayani kerenah pelanggan.
  • Sabar dalam menghadapi kerenah birokrasi.
  • Berhati-hati dalam menunaikan tugas.

TAWAKAL

  • Berusaha sebaik mungkin.
  • Berserah setelah berusaha.
  • Membulatkan penggantungan kepada Allah.

MAHABBAH

  • Melayan semua pelanggan dan kakitangan dengan penuh kemesraan.
  • Mewujudkan suasana kekeluargaan sesama kakitangan.
  • Kesamarataan dalam melayani pelanggan Organisasi / Institusi mufti mula wujud sebelum Tanah Melayu merdeka.

MS ISO 9001:2008

Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipersijilkan kepada MS ISO 9001:2008 bagi proses Pembangunan Fatwa dan Pengurusan Arah Kiblat.

Sejarah

  • Organisasi / Institusi mufti mula wujud sebelum Tanah Melayu merdeka.
  • Pada tahun 1957 (selepas merdeka), Negeri Melaka telah pun mewujudkan satu enakmen yang dinamakan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka 1959 (dipinda pada tahun 1991 dan 2002). Jawatan Mufti dan fungsinya diwujudkan secara rasmi di bawah enakmen ini.
  • Di peringkat awal, Jabatan Mufti Melaka merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Ia dikenali sebagai Bahagian Fatwa. Bagaimanapun, pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai pengasingan Bahagian Fatwa daripada Jabatan Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Semenjak itu, bermulalah wujudnya sebuah institusi fatwa di Negeri Melaka yang dikenali sebagai Pejabat Mufti Negeri Melaka yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Berdasarkan kepada hasrat penubuhan jabatan ini di bawah enakmen tersebut, JMM telah menyusun strategi agar dapat mempertingkatkan sumbangannya bagi meninggikan syiar Islam di dalam Negeri Melaka melalui perkara-perkara berikut:
    1. Mengeluarkan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau menimbulkan kontroversi yang dengan berhubungan dengan hukum syarak;
    2. Mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap syariat Islam yang sebenar;
    3. Membangunkan bidang Falak Syarie melalui aktiviti pendidikan, penyelidikan dan astro-pelancongan;
    4. Mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang fatwa dan falak;
    5. Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam seluruh aktiviti jabatan; dan
    6. Mewujudkan hubungan kerjasama dengan agensi, badan berkanun, institusi pendidikan atau pertubuhan bukan kerajaan yang berkepakaran dalam bidang berkaitan.

More Articles...

Page 1 of 2

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 23 Ogos 2019
Jumlah Pengunjung : 1104952
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com