Pengenalan
A- A A+
Malay Arabic English

Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat

FUNGSI UTAMA

Menyediakan khidmat ICT dan Komunikasi Jabatan Mufti Negeri Melaka.

OBJEKTIF

  • Untuk menjadikan Jentera Pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai suatu jentera pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem maklumat berkaitan.

  • Untuk mewujudkan penyelarasan dengan Unit IT Negeri untuk melaksanakan dasar IT Negeri ke arah e-Kerajaan.

  • Untuk menjalin kerjasama dengan institusi agama negeri dan persekutuan serta IPT dalam bidang IT.

  • Untuk mempastikan semua masjid di Negeri Melaka memiliki prasarana IT yang melibatkan infrastruktur dan sistem maklumat pengurusan masjid yang efektif, komprehensif dan sofistikated.

  • Untuk memberi perkhidmatan latihan asas teknologi maklumat kepada anggota Jabatan Mufti Negeri Melaka dan pengurusan masjid negeri Melaka.

AKTIVITI

1. Mengurus / Menyelenggara Rangkaian Data / Sistem-Sistem Aplikasi Jabatan.

2. Mengurus dan Memantau Program e-masjid Negeri Melaka.

3. Mengurus dan Menyelenggara Perkakasan Server, Komputer, 'Networking' dan Seluruh Sistem Maklumat JMM.

4. Mengurus, Menyelenggara dan Memantau Portal al-azim.com dan laman web masjid.

5. Mengkaji, Membangun dan Melaksana Sistem Maklumat Baru Untuk Kegunaan Jabatan.

6. Urusan Pemasukan Data Ke Dalam Sistem

7. Mengurus rekabentuk grafik dan persembahan multimedia berdasarkan keperluan Jabatan

8. Urusan Menyediakan Laporan Teknikal Berhubung IT Jabatan.

9. Mengurus dan Menyelaras Kursus, Bengkel, Seminar, Konvensyen Berkaitan.

10. Menyediakan Garis Panduan / Khidmat Nasihat Kepada Kakitangan Jabatan Berhubung ICT.

11. Mengurus Ceramah dan Cerapan 'Online' Jabatan

12. Mengurus dan Menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 22 Mac 2019
Jumlah Pengunjung : 1136185
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com