KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 1/2014

TARIKH MESYUARAT : 26 Rabiul Akhir 1435H / 26 Februari 2014M

Tajuk Fatwa

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka

Permohonan Fatwa Mengenai Cadangan Pembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik

Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2013 yang bmembincangkan mengenai Permohonan Fatwa Mengenai Cadangan Pembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :ersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H / 26 Februari 2014M telah :

i)
Hukum pembayaran zakat menggunakan mana-mana kad kredit yang berlandaskan syariah berasaskan konsep Bai’ ‘Inah, Wadi’ah, Tawarruq, Ujrah atau Qardh atau kombinasi mana-mana konsep tersebut adalah harus; dan
ii)
Apa jua kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sisitem, penyediaan perkhidmatan, penyelenggaraan, caj transakasi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat
iii)
Bersetuju keputusan ini diwartakan sebagai fatwa