Tahun 2005
A- A A+

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 5/2005

TARIKH MESYUARAT : 13 Rajab 1426H/18 Ogos 2005M

Tajuk Fatwa  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 
Permohonan Menetapkan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1426H/2005M.  

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan seperti berikut:

  1. Kadar zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1426H/2005M adalah berdasarkan sukatan 2.6 kilogram beras Super Tempatan pada kadar RM 4.50 seorang.
  2. Kadar sukatan satu gantang Baghdad bagi beras Super Tempatan (Gred A) adalah bersamaan dengan 2.6 kilogram.
 
Permohonan Merobohkan Bangunan Lama Masjid Batang Melaka, Melaka 

Ahli-Ahli Jawatankuasa telah sebulat suara memutuskan bahawa:

  1. Harus merobohkan bangunan lama Masjid Batang Melaka memandangkan keadaan masjid tersebut yang telah usang dan terbiar serta sudah tidak digunakan lagi.
  2. Kayu-kayu lama daripada masjid berkenaan yang masih boleh digunakan hendaklah diagih-agihkan kepada masjid-masjid lain yang memerlukan. Sekiranya tiada masjid yang memerlukan, maka ia hendaklah diagihkan kepada surau-surau atau madrasah untuk keperluan-keperluan lain yang boleh mendatangkan manfaat. Manakala batu-batu yang tinggal hendaklah ditambakkan di kawasan tapak berkenaan dan peralatan-peralatan yang sudah tidak boleh digunakan bolehlah dibakar.
  3. Tapak masjid tersebut hendaklah dikekalkan sebagai tanah wakaf sebagaimana yang dipersetujui secara lisan oleh pihak pewakaf. Oleh yang demikian, proses perwakafan perlu dilakukan mengikut undang-undang agar tanah tersebut dapat didaftarkan dan diwartakan sebagai tanah wakaf secara sah.
  4. Tapak masjid tersebut juga dicadangkan agar dijadikan sebagai tanah perkuburan orang Islam memandangkan beberapa unit kubur lama telah sedia ada di sekitar kawasan berkenaan.
 

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 19 Ogos 2019
Jumlah Pengunjung : 1104499
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com