Tahun 2005
A- A A+

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 4/2005

TARIKH MESYUARAT : 8 Jamadil Awwal 1426H/15 Jun 2005M

Tajuk Fatwa  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 
Permohonan Pandangan Hukum Merobohkan Masjid Lama Sungai Jerneh, Alor Gajah, Melaka 

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan bahawa:

  1. Harus merobohkan masjid lama Sungai Jerneh memandangkan keadaan masjid tersebut yang telah usang dan terbiar serta sudah tidak digunakan lagi.
  2. Kayu-kayu lama daripada masjid berkenaan yang masih boleh digunakan hendaklah diagih-agihkan kepada masjid-masjid lain yang memerlukan. Sekiranya tiada masjid yang memerlukan, maka ia hendaklah diagihkan kepada surau-surau atau madrasah untuk keperluan-keperluan lain yang boleh mendatangkan manfaat. Manakala batu-batu yang tinggal hendaklah ditambakkan di kawasan tapak berkenaan dan peralatan-peralatan yang sudah tidak boleh digunakan bolehlah dibakar.
Permohonan Merobohkan Masjid Al-Hassaniah Bukit Beruang (Masjid Lama) Dan Dirikan Rumah Kedai Untuk Disewakan.

Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Harus merobohkan Masjid Al-Hassaniah Bukit Beruang memandangkan keadaan masjid tersebut yang telah usang dan terbiar serta sudah tidak digunakan lagi.
  2. Kayu-kayu lama daripada masjid berkenaan yang masih boleh digunakan hendaklah diagih-agihkan kepada masjid-masjid lain yang memerlukan. Sekiranya tiada masjid yang memerlukan, maka ia hendaklah diagihkan kepada surau-surau atau madrasah untuk keperluan-keperluan lain yang boleh mendatangkan manfaat. Manakala batu-batu yang tinggal hendaklah ditambakkan di kawasan tapak berkenaan dan peralatan-peralatan yang sudah tidak boleh digunakan bolehlah dibakar.
  3. Harus mendirikan rumah kedai di tapak masjid tersebut untuk disewakan dan hasilnya dimasukkan ke dalam tabung masjid. Ini adalah untuk memelihara niat pewakaf dan memastikan manfaat tersebut kembali kepada pewakaf.

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 18 November 2019
Jumlah Pengunjung : 1113050
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com