Tahun 2005
A- A A+

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 3/2005

TARIKH MESYUARAT : 16 Rabi‘ul Akhir 1426H/25 Mei 2005M

Tajuk Fatwa  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 
Permohonan Bagi Penetapan Semula Sempadan Kariah Masjid Bukit Pegoh, Melaka 

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa bersetuju sempadan Kariah Bukit Pegoh seperti berikut:

“Sempadan Kariah Bukit Pegoh adalah meliputi seluruh kawasan yang bermula dari Lot 1199 menghala ke timur melalui sempadan Lot 2653, 2652, 24, 17, 16, 15, 1211, 3201, 3202, 3203, 1263, 1264, 1289, 1288, 1287, 1282, 1281, 1280, 1279, 1276, 2878, kemudian menyusuri Sungai Umbai menghala ke selatan melalui Lot 2877, 1024, 1025, 1026, 1027, 1028, 1029, 1030, 1031, 1032, 1033, 1034, 1035, 1036, 1037, 1038, 1039, 1040, 1041, 1042, 1043, 1755, 1756, 1757, 1758, 1759, kemudian menghala ke timur melalui sempadan Lot 1760, 1761, 1772, 183, 182, 181, 254, 255, 256, cp 1350, 253, 238, 239, merentasi tengah Lot 234 dan 233, kemudian melalui sempadan Lot 226, 225, 224, 222, 219, 218, 215, 214, 213, 717, 718, 715, 713, 710, 709, 692, 691, 690, 687, 686, 685, 215, 217, terus ke sempadan Lot 201, 200 sepanjang Jalan Tambak Gelam melalui sempadan Lot 199, 198, 197, 196, 192, 191, 189, 188, 1047, 153, 1171, kemudian menghala ke utara menyusuri sepanjang Sungai Punggor (Parit Batu) melalui sempadan Lot 1171, 1170, 1169, 1168, 1167, 1166, 1165, 1164, 1163, 1162, 1161, 1160, 1159, 1213, 1212, 1211, 1210, 1209, 1208, 1207, 1206, 1205, 1204, 1203, 1202, 1201, 1200 dan bertemu semula dengan Lot 1199.”
 
Permohonan Menggali Dan Memindahkan Kubur Lama Di Atas Tanah Lot 1690, Mukim Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka, Bagi Tujuan Pembinaan Bangunan Kekal 

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan bahawa:

Harus menggali dan memindahkan kubur-kubur lama di atas tanah Lot 1690, Mukim Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka, bagi tujuan pembinaan bangunan kekal. Namun demikian, pemindahan tersebut adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

  1. Kubur-kubur tersebut tiada kaitan dengan kesan-kesan sejarah dan hendaklah dirujukkan terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti.
  2. Segala perbelanjaan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemohon.
  3. Mengenalpasti tanah perkuburan yang baru untuk penempatan kubur-kubur tersebut.
Permohonan Fatwa Atau Pandangan Hukum Syara‘ Mengenai Hukum Menjama‘kan Solat Fardhu Kerana Terlibat Dengan Kuliah Atau Peperiksaan Bagi Pelajar Yang Melanjutkan Pelajaran Di Luar Negara.

Mesyuarat bersetuju memutuskan perkara ini seperti berikut:

Tidak harus menjama‘kan solat fardhu kerana terlibat dengan kuliah atau peperiksaan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Ini adalah kerana keadaan tersebut bukanlah dianggap dharurat yang mengharuskan menjama‘kan solat fardhu. Pertimbangan ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 pada 22-23 Oktober 1985 yang menyatakan bahawa dalam Islam, uzur syar‘i adalah diertikan sebagai:

  1. Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut, dan taufan.
  2. Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.
  3. Keuzuran berkenaan dengan kemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Juma‘at.
Hukum Wang Pampasan Atas Kematian Yang Dibayar Oleh Syarikat Atas Kematian Pekerja Dan Wang Pampasan Insurans Pelan Hayat Berkumpulan (GLP).

Mesyuarat bersetuju memutuskan perkara ini seperti berikut:

  1. Wang pampasan yang akan dibayar oleh Syarikat sebanyak RM123,124.00 atas kematian Allahyarham dan wang pampasan insurans berjumlah RM161,200.00 di bawah “Group Life Plan” yang ditadbirkan oleh Syarikat Insurans AIA dikira sebagai harta pusaka dan wajib difaraidkan.
  2. Wang KWSP yang telah diberi penama atas nama isteri Allahyarham juga dinasihatkan diuruskan pembahagiannya secara faraid kerana penama hanya pemegang amanah sahaja. Kiraan faraid boleh dirujuk dengan pihak Majlis Agama Islam Melaka.

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 18 November 2019
Jumlah Pengunjung : 1113046
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com