Tahun 2005
A- A A+

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 1/2005

TARIKH MESYUARAT : 2 Zulhijjah 1425H/13 Januari 2005M

Tajuk Fatwa  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 
Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Dan Naik Taraf Kepada Masjid Surau Taman Seri Budi, Kampung Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka 

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan berikut:

  1. Sembahyang Jumaat boleh didirikan di Surau Taman Seri Budi, Kampung Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka.
  2. Manakala permohonan naik taraf Surau Taman Seri Budi kepada masjid ditangguhkan kerana tanah tapak Surau Taman Seri Budi perlu mendapat status tanah wakaf.
 
Rayuan Kebenaran Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Alor Gajah, Melaka 

Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan bahawa:

Tidak boleh didirikan sembahyang Jumaat di Surau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Alor Gajah, Melaka kerana berdasarkan pertimbangan hukum syara‘ bahawa hampir semua pelajar dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, hanya berstatus pemukim yang wajib mendirikan sembahyang Jumaat tetapi mereka bukan pemastautin tetap yang mencukupkan bilangan ahli Jumaat seramai 40 orang dari kalangan ahli kariah yang bermastautin yang boleh mengesahkan Jumaat.

 

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 18 November 2019
Jumlah Pengunjung : 1113051
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com