Tahun 2004
A- A A+

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 3/2004

TARIKH MESYUARAT : 9 Rajab 1425H/25 Ogos 2004M

Tajuk Fatwa  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 
Permohonan Menetapkan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1425H/2004M  

Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:

  1. Kadar zakat fitrah umat Islam di Negeri Melaka bagi tahun 1425H/2004M adalah sebanyak RM 4.50 seorang.
  2. Kaedah pengiraan kadar zakat fitrah di Negeri Melaka yang dipersetujui adalah berdasarkan kaedah 1, iaitu:

  3. Walau bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Fatwa telah berhujah bahawa RM 4.75 adalah suatu kenaikan yang mendadak dan boleh membebankan masyarakat Islam terutamanya yang berpendapatan rendah serta mempunyai banyak tanggungan. Mesyuarat bersetuju memutuskan kadar zakat fitrah adalah sebanyak RM 4.50 seorang.
  4. Keputusan ini hendaklah dipanjangkan kepada pihak MAIM sebagai makluman.
Pengurusan Harta Pusaka Ali Bin Omar – Kuasa Pemegang Amanah Terhadap Harta Waris Di Bawah Umur

Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut:

  1. Puan Jamilah binti Mohd Ali yang dilantik sebagai pemegang amanah bagi saudaranya yang terencat akal iaitu Mohd Amin bin Ali tidak boleh menyerahkan hak bahagian Mohd Amin kepada Norliah binti Ali bagi mengelakkan harta tersebut daripada lenyap atau dihilangkan.
  2. Puan Halijah binti Osman iaitu bekas isteri Allahyarham Zainal Abidin bin Ali yang telah diceraikan sebelum kematiannya yang telah dilantik sebagai pemegang amanah (wasi) kepada harta anak-anaknya yang masih di bawah umur oleh pihak berkuasa negeri menurut Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 adalah sah menurut hukum syara‘ kerana bapa dan datuk kepada kanak-kanak tersebut telahpun meninggal dunia.
  3. Puan Halijah binti Osman pula tidak boleh membuat keputusan untuk menyerahkan hak bahagian anak-anak Allahyarham Zainal Abidin bin Ali yang masih belum cukup umur kepada Norliah binti Ali bagi mengelakkan harta tersebut daripada lenyap dan dipergunakan tanpa keperluan yang mendesak.
Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Taboh Naning, Melaka

Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan bahawa:

Sembahyang Jumaat tidak harus didirikan di Surau Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Taboh Naning berdasarkan:

  1. Pelajar dan kakitangan lelaki Islam di Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET) adalah bertaraf pemukim yang wajib Jumaat tetapi tidak dikira sebagai bilangan ahli Jumaat seramai 40 orang yang cukup syarat untuk mengesahkan Jumaat di sisi syara‘ mengikut qawl mu‘tamad Mazhab Syafi‘iyy.
  2. Bilangan lelaki Islam bertaraf pemastautin di Kariah Masjid Taboh Naning seramai lebih kurang 100 orang adalah menjadi asas dalam menyempurnakan syarat sah Jumaat di masjid berkenaan. Sekiranya sebahagian mereka diarah mendirikan Jumaat di Surau Universiti Kuala Lumpur, sebagai salah satu asas bagi memenuhi syarat sah Jumaat, maka dibimbangi akan timbul kekurangan jemaah di Masjid Taboh Naning sendiri.
  3. Masjid Kariah Taboh Naning pula masih boleh menampung jemaah pada setiap hari Jumaat termasuk para pelajar dan kakitangan lelaki Islam dari Universiti Kuala Lumpur dan pihak masjid juga bercadang untuk membesarkan masjid tersebut.

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 19 Ogos 2019
Jumlah Pengunjung : 1104495
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com