Tahun 2003
A- A A+

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 3/2003

TARIKH MESYUARAT : 21 Sya‘ban 1424H/17 Oktober 2003M

Tajuk Fatwa  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 
Merokok Menurut Perspektif Islam 

Mesyuarat bersetuju:

  1. Menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa merokok adalah haram.
  2. Kempen kesedaran anti merokok perlu diadakan dengan lebih serius kepada masyarakat sebelum pewartaan dibuat.
Pengharaman Ajaran Azhar Bin Wahab

Mesyuarat bersetuju menerima fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung ajaran Azhar bin Wahab dan seterusnya mewartakan fatwa tersebut dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka.

Perpindahan Tempat Sembahyang Jumaat Dari Surau SMK (A) Sultan Muhammad Ke Masjid Baru Kariah Pengkalan Batu

Mesyuarat bersetuju seperti berikut:

  1. Tiada halangan mengenai perpindahan tempat sembahyang Jumaat dalam Kariah Pengkalan Batu daripada Surau SMK(A) Sultan Muhammad ke masjid baru Kariah Pengkalan Batu, Batu Berendam, Melaka.
  2. Surau SMK(A) Sultan Muhammad akan diturun taraf kepada surau biasa dan tidak dibenarkan lagi mendirikan sembahyang Jumaat.

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 19 Ogos 2019
Jumlah Pengunjung : 1104499
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com