Tahun 2003
A- A A+

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL 2/2003

TARIKH MESYUARAT : 3 Jamadil Akhir 1424H/1 Ogos 2003M

Tajuk Fatwa  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 
Permohonan Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1424H/2003M 

Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:

  1. Kadar zakat fitrah umat Islam di Negeri Melaka bagi tahun 1424H/2003M adalah sebanyak RM 4.30 seorang.
  2. Kaedah pengiraan kadar zakat fitrah di Negeri Melaka yang dipersetujui adalah berdasarkan kaedah 1, iaitu:


  3. Keputusan ini hendaklah dipanjangkan kepada pihak Majlis sebagai makluman.
 
Permohonan Naiktaraf Surau Kepada Masjid Dan Penetapan Sempadan Kariah Kampung Seri Kesang, Jasin, Melaka

Mesyuarat telah memutuskan beberapa perkara seperti berikut:

  1. Bersetuju menaiktaraf Madrasah Seri Kesang kepada masjid dengan syarat jawatan Imam hendaklah diisi terlebih dahulu dan mendapat kelulusan Majlis; dan
  2. Bersetuju dengan sempadan kariah yang dicadangkan seperti berikut:

“Sempadan Kariah Kampung Seri Kesang meliputi kawasan yang bermula dari sudut Lot 104, menghala ke utara mengikuti jalan ke Felda Kemendor sehingga ke sudut Lot 1641, kemudian berpatah ke kanan melalui sempadan Lot 1308, 1310, sehingga ke sudut Lot 1648, kemudian belok ke kiri ke sudut Lot 1649, berpatah ke kanan sehingga ke sempadan Lot 1651, berpatah ke kiri sehingga sempadan Lot 3, terus ke kawasan Kampung Seri Kesang Lot 1609, kemudian menyusur ke utara kawasan perumahan Kampung Seri Kesang, kemudian belok ke kiri sempadan Lot 1576/2731, terus ke hadapan sehingga sempadan Lot 2728/2664, terus ke utara sehingga sudut Lot 1455/3222, kemudian berpatah ke kanan mengikut jalanraya (baru) Simpang Ayer Kangkong – Simpang Bekoh sehingga bertemu sudut Lot 6 (Mukim Kesang)/28 (MukimRim), berpatah ke kanan mengikut sempadan Mukim Kesang/Rim sehingga sempadan Lot 7 (Mukim Kesang/1150 (MukimRim) menghala ke kanan mengikut sempadan Mukim Kesang/Rim sehingga ke sudut Lot 8 (Mukim Kesang)/1238 (Mukim Rim), menghala ke kanan sehingga ke sudut Lot 1138/9, terus ke hadapan sehingga sudut Lot 4131, kemudian berpatah ke kiri sehingga Lot 3088, belok ke kanan melalui sempadan Lot 3087, 3086, 48, 47 sehingga bertemu semula dengan sudut Lot 104.”

Permohonan Naiktaraf Madrasah Kepada Masjid Dan Penetapan Sempadan Kariah Taman Bukit Rambai, Melaka

Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:

  1. Bersetuju menaiktaraf Madrasah Ar-Rahmah kepada Masjid Kariah.
  2. Bersetuju dengan sempadan kariah yang dicadangkan, iaitu:

    “Kariah Taman Bukit Rambai meliputi kawasan yang bermula dari sempadan timur Sekolah Menengah Bukit Rambai (Lot 5385), kemudian menghala ke selatan mengikut sempadan Lot 5385, 5387, 2642, 2145, 2147 kawasan perumahan Taman Bukit Rambai, Lot 1889, 1890, 601, 602, 603, 604, 605, 649, 699, 700, 701, 2125, 2126, 681, 2133 kemudian melalui sempadan Mukim Tanjung Kling melalui pinggir Sungai Lereh mengikut sempadan Lot 2133, 3888, 3887, 2132, 2131, 3910, 5548, 5547, 3912, 3913, 3914, 2176, 3915, 3916, 3921, 211, 210, 209, 207, 206, 205, 204, 4005, 4001, 4000, kemudian melalui sempadan Mukim Tangga Batu melalui Lot 3999, 3998, 3997, 3996, 3995, 3994, 165, 164, 143, 142, 139, 138, 133, 3778, kemudian masuk ke Jalan Tangga Batu/Bukit Rambai melalui Lot 3778, 133, 138, 139 yang bersempadan dengan Kampung Seberang Gajah kemudian melalui sempadan Taman Bukit Rambai, Lot 128, 3775, kemudian masuk semula ke Jalan Bukit Rambai/Tangga Batu, kemudian sempadan Lot 3774, sempadan kawasan perumahan Taman Bukit Rambai, Sekolah Menengah Taman Bukit Rambai (Lot 5416) hingga bertemu dengan sempadan timur Sekolah Menengah Taman Bukit Rambai (5385) .

  3. Bersetuju kariah ini dinamakan "Kariah Bukit Kecil, Taman Bukit Rambai".
  4. Keputusan ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak Majlis sebelum urusan pewartaan dibuat.
Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Masjid Al-‘Alami (MITC), Ayer Keroh, Melaka

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah bersetuju memutuskan bahawa:

  1. Sembahyang Jumaat harus didirikan di Masjid Al-‘Alami (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Oleh itu, sembahyang Jumaat bolehlah diadakan di masjid tersebut bermula dari 10 Jamadil Akhir 1424H bersamaan 8 Ogos 2003M.
  2. Berhubung dengan persempadanan kariah bagi masjid berkenaan, pihak Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak yang terlibat dalam proses pemecahan kariah sedia ada kepada kariah baru bagi masjid berkenaan. Satu pelan lakar penentuan kariah baru hendaklah disediakan berdasarkan kepada garis sempadan yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dan seterusnya dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa untuk dipertimbangkan.
Kedudukan Mayat Semasa Disembahyangkan

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa memutuskan mengenai amalan masyarakat Islam di Negeri Melaka mengenai kedudukan jenazah ketika disembahyangkan adalah seperti berikut:

  1. Kedudukan imam semasa menyembahyangkan mayat lelaki adalah berdiri setentang dengan kepala mayat.
  2. Manakala kedudukan imam semasa menyembahyangkan mayat perempuan adalah berdiri setentang dengan pinggang mayat tersebut.

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 23 Ogos 2019
Jumlah Pengunjung : 1104952
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com