Penubuhan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka ( Seksyen 34 )

Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka ditubuhkan di bawah Seksyen 34, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Jawatankuasa ini dianggotai oleh sekurang-kurangnya 7 orang dan tidak lebih daripada 12 orang terdiri daripada:-

  1. Mufti sebagai Pengerusi;

  2. Timbalan Mufti;

  3. Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;

  4. Tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai yang dilantik oleh Majlis; dan

  5. Seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.