Fatwa Yang Disiarkan Dalam Warta Adalah Mengikut (Seksyen 37)

  1. Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Melaka sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipan di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu, dalam apa-apa perkara peribadi.

  2. Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Melaka tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.