Arkib Berita
A- A A+
Malay Arabic English

Perhimpunan Agensi Agama Islam Bil.1 Tahun 2019

BUKIT PALAH, 31 Jan – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah diberi peranan sebagai penganjur bagi Perhimpunan Agensi Agama Islam Bil.1 /2019 bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Majlis yang pertama kali bagi tahun 2019 ini diserikan lagi dengan kehadiranYB Datuk Mohd Sofi bin Abdul Wahab, yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka
 
Di dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua pegawai dan kakitangan Agensi Agama Islam Melaka terus komited dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam dengan penuh integriti bagi mendukung prinsip integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua lapisan mayarakat.
 
Katanya lagi, Agensi Agama Islam Melaka hendaklah menjadi contoh kepada agensi kerajaan yang lain di dalam pelbagai aspek serta berharap anak-anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Melaka terus berusaha meningkatkan prestasi dalam mencapai setiap sasaran yang telah ditetapkan.
 
Sementara itu, beliau juga turut menyampaikan sumbangan teleskop kepada 9 buah sekolah yang terpilih di Negeri Melaka dan pemenang Tandas Terbaik Peringkat Kebangsaan dan Asean iaitu Masjid Cina Negeri Melaka. Pada Majlis itu juga, beliau juga turut menyampaikan "Mock Cheque" sumbangan Tabung Bencana Palu Sulawesi Kerajaan Negeri Melaka berjumlah RM 25,272.10 kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Tn. Md. Azhan Bin Samat.
 
 DSC0087
 
 DSC0134
 
 DSC0140
 
 DSC0174
 
 DSC0240
 
 DSC0244
 
 DSC0255
 
 DSC0280
 
 DSC0299

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 21 Februari 2019
Jumlah Pengunjung : 1133139
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com