Arkib Berita
A- A A+
Malay Arabic English

Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Negeri Melaka Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

BUKIT PALAH 27 September 2018 – Perhimpunan Bulanan 2018 bagi Agensi Agama Negeri Melaka Bilangan Ke-2 bagi tahun 2018 telah diadakan di Auditorium Masjid Al-Azim yang bermula pada jam 8.00 pagi yang dihoskan oleh Puzat Zakat Melaka.
sprm1
Majlis tersebut dimulakan dengan tayangan video korporat Pusat Zakat Islam Negeri Melaka disusuli dengan ucapan aluan daripada YBhg. Tuan Abdul Halim Bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan peranan Pusat Zakat Melaka dalam membantu membangunkan ekonomi golongan asnaf yang terdapat di dalam Negeri Melaka. Beliau juga menjelaskan tentang kesedaran masyarakat Islam yang mengeluarkan zakat berdasarkan peningkatan hasil pungutan zakat yang meningkat sepanjang tahun bagi turut serta di dalam membantu golongan asnaf ini.
 
Majlis perhimpunan tersebut telah disempurnakan dengan ucapan penutup oleh YBhg. Datuk Wira Hj. Yaakob bin Md. Amin, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Turut hadir pada majlis tersebut adalah Sahibus Samahah Datuk Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM).
 
Turut berlangsung pada majlis tersebut adalah Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan seluruh kakitangan Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah ini dilakukan dihadapan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia, Negeri Melaka Tuan Ahmad Faizul bin Abdul Rashid.
 
Tindakan seluruh kakitan Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) dan juga kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM serta warganya menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah’ ini, jelas memperlihatkan keikhlasan dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap penjawat awam.
sprm3
 
sprm4
 
sprm2

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 22 Mac 2019
Jumlah Pengunjung : 1136186
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com