Arkib Berita
A- A A+
Malay Arabic English

Kursus Calon Pegawai Syarak Negeri Melaka Bil. 2/2018

BUKIT BARU - Kursus Peningkatan Ilmu bagi Calon Pegawai Syarak Siri 2 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) telah diadakan pada 24,25 dan 26 September 2018 bertempat di Dewan Kuliah Masjid Al-Azim.
 pegsyarak1
Kursus Pegawai Syarak kali ini telah dihadiri seramai 55 orang calon sebagai tapisan sebelum ditemuduga sebagai Pegawai Syarak di dalam Negeri Melaka. Calon-calon ini adalah terdiri daripada calon imam, bilal, dan noja serta pengurus jenazah wanita yang akan berkhidmat di kariah masing-masing di dalam Negeri Melaka.

Terdapat beberapa modul kursus yang telah disediakan sepanjang kursus tersebut berlangsung antaranya ialah ilmu yang meliputi asas fardhu ain dan fardhu kifayah termasuklah diberi pengetahuan tentang ilmu fekah seperti cara penyembelihan yang betul mengikut hukum syarak, laungan azan serta banyak lagi.

 pegsyarak3

Antara tenaga pengajar yang terlibat di dalam kursus tersebut adalah Sahibus Samahah Datuk Hj Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Al-Fadhil Datuk Ustaz Hj Muhammad bin Hj Hashim, Imam Besar Masjid Al-Azim Negeri Melaka, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Ketua Bahagian Halal, Jabatan Islam Negeri Melaka (JAIM) dan Pegawai Tadbir Agama dari Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah (PAID).

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Datuk Ustaz Hj Muhammad bin Hj Hashim, Imam Besar Masjid Al-Azhim Negeri Melaka yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang terlibat.

pegsyarak2

 

pegsyarak5

 

pegsyarak4

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 17 Januari 2019
Jumlah Pengunjung : 1130019
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com