Arkib Berita
A- A A+
Malay Arabic English

Majlis Perhimpunan & Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka Tahun 1440H/2018M

AYER KEROH 20 September 2018 - Tuan Haji Abdul Ghani Bin Samsudin telah diumumkan sebagai Tokoh Ilmuan Islam 2018 Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di Dewan Ballroom MITC, Melaka baru-baru ini.
 
Anugerah ini merupakan anugerah utama Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1440H yang juga dikenali sebagai Anugerah Imam As-Syafie. Beliau menerima anugerah tersebut di atas hasil usaha yang beliau lakukan dalam menterjemahkan buku-buku yang telah dikarangkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Wahbah al-Zuhaili. Beliau telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 3000, sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan yang telah disampaikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil bin Yaakob.
 
Di dalam majlis tersebut seramai 8 individu lagi turut menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah berdasarkan kategori masing-masing termasuklah mantan Timbalan Mufti KerajaanNegeri Melaka Sahibul Fadhilah Tn. Haji Mohamad Nawi bin Abu Bakar. Beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Awam yang turut dikenali sebagai Anugerah Umar Bin Abdul Aziz.
 
Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah itu dimulakan dengan Ceramah Khas yang telah disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Elyas bin Ismail yang telah mengupaskan peranan masyarakat supaya memelihara nilai-nilai murni Islam agar ianya dapat membangunkan sebuah umat yang boleh membawa rahmat serta mendapat keberkatan dari Allah SWT.
 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Zahari, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub Md.Amin dan Ahli Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
 
MP3
 
MP1
 
MP2
 
MP8

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 17 Januari 2019
Jumlah Pengunjung : 1130019
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com