Arkib Berita
A- A A+
Malay Arabic English

Pengajian Kitab Daurah

BUKIT BARU - Program Kitab Daurah bagi Pemegang Tauliah Agama Sempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1440H/2018M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan pada 18 September 2018M bersamaan 8 Muharram 1440H. Majlis yang diadakan di Auditorium, Masjid Al-Azim itu berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
 
Pengajian Kitab Daurah ini telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Muhadir bin Jol yang mengupaskan tentang Sifat 20 bagi mengenali sifat-sifat Allah SWT kepada pemegang-pemegang tauliah Agama Negeri Melaka. Di dalam pengajian itu juga menerangkan tentang kepentingan dalam memiliki akidah Islam yang sebenar disamping menerangkan asas-asas di dalam pengajian Ilmu Tauhid kepada peserta yang seramai 600 orang.
 
Program itu telah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Tuan Omar Bin Jaafar yang mewakili YAB Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.
 
 DSC0520
 
 DSC0671
 
 DSC0552
 
 DSC0645

Imbas QR ini bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan telefon
pintar
facebook-button Youtube Button
 
Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5
ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 pixels
Tarikh Kemaskini : 22 Mac 2019
Jumlah Pengunjung : 1136186
Hubungi Kami :
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka
75150 Jalan Bukit Palah, Melaka.
Telefon : +606-2847920/21 
Faks : +606-2848144
Email : jkmmufti@gmail.com