kembali ke www.al-azim.com | kembali ke laman utama
Ruangan Baru : Soal Jawap Dalam Mengerjakan Haji
Panduan Haji
Tempat Bersejarah Di Makkah dan Madinah
Garis Panduan Ibadah Qurban
WAJIB HAJI DAN UMRAH

4. Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah

Wajib haji yang keempat ialah bermalam di Mina pada malam-malam tasyrik iaitu malam sebelas, dua belas dan tiga belas Zulhijjah.

Walaubagaimanapun para jemaah boleh juga keluar meninggalkan Mina dan menuju ke Mekah pada hari ke 12 Zulhijjah sesudah bermalam di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah. Cara begini di panggil Nafar Awal.

Syarat - syarat Nafar Awal adalah seperti berikut :-

a) Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari, tetapi sebelum terbenamnya pada 12 Zulhijjah

b) Telah menyempurnakan lontaran semua ketiga-tiga Jumrah dua hari Tasyrik,

c) Terlebih dahulu berniat Nafar untuk kembali ke Mekah semasa berada di kawasan Mina dan tidak berazam lagi kembalike Mina.

d) Telah bermalam di Mina dua malam.

Bagi melakukan Nafar Awal ini, para jemaah mungkin menghadapi beberapa kerumitan, diantaranya ialah :-

1. Mungkin tidak ada kenderaan untuk balik ke Mekah ataupun sukar mendapatkannya;

2. Tidak sempat masa keluar dari sempadan Mina sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah;

3. Rumah tumpangan yang disediakan di Mekah mungkin masih lagi ditutup.

Bagi mereka yang tidak bermalam di Mina hendaklah membayar dam (denda) seperti berikut:-

1. Tidak bermalam di Mina semalaman damnya secupak biji-bijian yang mengenyangkan seperti gandum, beras, sekoi, syair dan lain-lainnya.

2. Meninggalkan bermalam di Mina selama dua malam, damnya dua cupak;

3. Meninggalkan bermalam di Mina tiga malam damnya, seekor kambing atau 1/7 daripada seekor lembu, unta atau seumpamanya dan jika tidak berkuasa hendaklah berpuasa 10 hari, iaitu tiga hari di Tanah Suci dan tujuh hari apabila sampai di kampungnya.

 

Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka