kembali ke www.al-azim.com | kembali ke laman utama
Ruangan Baru : Soal Jawap Dalam Mengerjakan Haji
Panduan Haji
Tempat Bersejarah Di Makkah dan Madinah
Garis Panduan Ibadah Qurban
WAJIB HAJI DAN UMRAH

5. Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Pada hari-hari tasyrik diwajibkan pula melontar ketiga-tiga jumrah iaitu Jumrah Al-Ula, Jumrah al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah. Waktu melontar adalah seperti berikut:-

1. Hari 11 dan 12 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya.

2. Pada hari 13 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga jatuh matahari atau diharuskan melontar selepas fajar subuh hari tersebut.

3. Bagi orang yang luput melontar pada hari 11 dan 12 Zulhijjah hendaklah melontar pada hari ke 13 Zulhijjah sebelum masuk matahari.

SYARAT-SYARAT MELONTAR

1. Hendaklah melontar 7 kali pada tiap-tiap Jumrah

2. Melontar dengan tertib dimulai dari Jumrah al-Ula kemudian Jumrah al-Wusta dan diakhiri dengan melontar di Jumrah al-Aqabah

3. Melontar hendaklah tidak terpesong daripada tujuan-tujuan lain

4. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya

5. Batu lontaran hendaklah masuk di dalam Jumrah dengan yakin

6. Hendaklah melontar dengan gaya melontar

7. Hendaklah melontar dengan tangan

8. Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12, melainkan sudah melontar bagi hari ke 11, begitu juga tidak sah melontar hari ke 13 kecuali setelah melontar untuk hari ke 12.

9. Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga Jamrah untuk dirinya sendiri

Peringatan :- Sesiapa yang tidak berdaya melontar jumrah kerana uzur syar'i bolehlah ia mewakilkan penggantinya untuk melontar bagi pihak dirinya dengan syarat orang yang diwakilkan itu sudah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jumrah bagi dirinya pada hari itu sama ada sebelas atau dua belas atau tiga belas.

Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka