kembali ke www.al-azim.com | kembali ke laman utama
Ruangan Baru : Soal Jawap Dalam Mengerjakan Haji
Panduan Haji
Tempat Bersejarah Di Makkah dan Madinah
Garis Panduan Ibadah Qurban
WAJIB HAJI DAN UMRAH

1. Niat Ihram di Miqat tertentu

  • NIAT BERIHRAM
    Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.

  • MAKNA IHRAM
    Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan atau melarang dan ihram dalam ibadat haji atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah bermula pada ketika berniat mengerjakannya dan berakhir pada ketika TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara ketika dalam ihram itu.

  • PAKAIAN IHRAM
    Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang.

  • SUNAT - SUNAT IHRAM
    Sunat-sunat ihram antara laian ialah :-
  • 1. Mandi sunat ihram,

    2. Mengerat kuku

    3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut,

    4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan

    5. Memakai pakaian berwarna putih,

    6. Sembahyang sunat ihram dan

    7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah

  • MANDI SUNAT IHRAM
    Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah :

    Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan dalam hati)

  • SEMBAHYANG SUNAT IHRAM
    Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud:

"Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Surah yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun ) dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad)

  • MEMBACA TALBIAH
    Setelah berniat haji atau umrah ketika melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya ;

  • Kalau melakukan Haji Lafaz niatnya, yang bermaksud :

    "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala.

  • Kalau melakukan Umrah, Lafaz niatnya yang bermaksud :

    "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala"

  • Maka perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah selanjutnya. Bacaan talbiah yang bermaksud:

    "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu"
 
Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka