kembali ke www.al-azim.com | kembali ke laman utama
Ruangan Baru : Soal Jawap Dalam Mengerjakan Haji
Panduan Haji
Tempat Bersejarah Di Makkah dan Madinah
Garis Panduan Ibadah Qurban
DAM HAJI

2. TERTIB & TA'DIL

Pengertian: Apabila seseorang itu tidak berkuasa untuk mengeluarkan makanan, maka hendaklah ianya diganti dengan mengerjakan puasa.

Kesalahan Yang Dilakukan
Larangan Dalam Ihram Persetubuhan yakni jimak yang dilakukan dalam beberapa keadaan :
  • Sebelum bertahallul awal bagi ibadat haji atau
  • Sebelum selesainya kerja-kerja amalan umrah bagi ibadat umrah

Dam yang dikenakan:

Menyembelih seekor unta

JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih seekor lembu

JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih 7 ekor kambing

JIKA TIDAK BERKUASA - Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram

JIKA TIDAK BERKUASA - Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta
DAN Menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya
DAN Menqada' ibadat hajinya pada tahun hadapan

Kesalahan Yang Dilakukan
Berlaku IHSAR bagi orang yang berniat ihram
  • Tertahan atau ditahan dalam perjalanan daripada memasuki Makkah setelah melafazkan ihram, disebabkan oleh angkara musuh atau dalam keadaan diri yang terkepung

Dam yang dikenakan:
Menyembelih seekor kambing Dan Bercukur atau bergunting

JIKA TIDAK BERKUASA
Membeli makanan dengan nilai harga seekor kambing kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul

JIKA TIDAK BERKUASA
Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing

 

Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka