kembali ke www.al-azim.com | kembali ke laman utama
Ruangan Baru : Soal Jawap Dalam Mengerjakan Haji
Panduan Haji
Tempat Bersejarah Di Makkah dan Madinah
Garis Panduan Ibadah Qurban

 

Makam Nabi

 

Kalau kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri kita adalah bangunan empat persegi berwarna hijau tua yang unggul dan berwibawa serta memancarkan bau wangi-wangian. Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah, iaitu rumah Nabi dengan Saidatina 'Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah.

Sejak Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 11 hijrah (632M), rumah Nabi terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (Bahagian selatan) untuk makam Nabi dan yang bahagian utara tempat tinggal Saidatina 'Aisyah.

Rumah ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya dipasang kubah hijau (Dom) hingga sekarang. Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi Muhammad S.A.W dimakamkan. Ini bermakna kalau kita melihat kubah hijau bererti kita melihat makam Nabi S.A.W.

Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama ) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) pun dimakamkan di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W. Ini bermakna setengah daripada rumah Nabi S.A.W. itu sekarang ada tiga makam.

 

 

Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka