You are here Home

 

Ahlan Wa Sahlan & Selamat Datang ke Laman e-Raudhah.

 
Pengunjung yang saya hormati,
 
Terima kasih kerana melayari laman e-Raudhah. Laman web ini merupakan usaha Jabatan Mufti Melaka yang dibangunkan khusus bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat mengenai jadual kelas takmir, pengajian agama dan al-Qur'an yang diadakan di masjid-masjid seluruh negeri Melaka yang dibimbing oleh guru-guru bertauliah. Melalui laman web ini, pengguna boleh membuat carian maklumat majlis ilmu berdasarkan nama masjid, nama guru dan subjek atau bidang yang diajar.
 
Dengan tagline e-Raudhah "...Selangkah Menuju Syurga" semoga Allah memberkati usaha kerdil ini untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid dan majlis-majlis ilmu yang merupakan satu taman (raudhah) dari taman-taman syurga (riyadhul jannah).
 
Selamat melayari Laman e-Raudhah.
 
Salam hormat.
 
DATUK HJ. ABDUL HALIM BIN TAWIL
Mufti Kerajaan Negeri Melaka